Aku? Nama aku Issabella Imani bt.Datuk Tarmizi. Umur
aku 24 tahun. Aku tinggal di Kuala Lumpur. Aku ni biasa-biasa jaa. Anak datuk
je kot . Eh apa pulak biasa ? Anak datuk tu.. Ahh tu harta bapak aku bukannya
aku punya.
Nama bapak aku ada kat atas tu. Nama mama aku pulak Datin Hanani bt
Haji Rahman. Mama aku paling sporting kat dunia. Aku sayang dia ketat-ketat. Papa
aku pulak memang baik tapi kalau sekali dah marah tu . Cepat-cepat la lari .
Aku ada seorang kakak dan seorang adik lelaki . Kakak aku , Intan Nur Izani .
Umur dia menganjak 30 tahun dia ni dah kawin dah. Abang ipar aku , Ammar .
Diaorang ni sweet couple tau. Setiap masa diorang ni berkepit. Ahh dah laa pasal
diaorang. Ni pasal adik lelaki aku pulak. Dia ni nakal sikit. Nama dia Izzat
Hadi. Umur dia 17 tahun. SPM tahun ni. Tu pon tak sedar diri yang dia nak ambik
SPM. Haii apa nk jadi ni. Keluarga aku ada sebuah umah anak yatim di Selayang.
Kami selalu melawat di sana waktu free.
Bab1
BELLA mengerling sekilas jam yang berada di atas meja
bersebelahan dengan katilnya yang bersaiz king itu .
‘Ah. Dah pukul
5.30. Aku kena bangun nih ,waktu subuh dah masuk. Kalau tak … kenalah dengan papa. Papa kan kuat pegangan agama.
Mesti nanti dia bising.’ Bella bangun lalu mengikat rambutnya yang berserabut
itu menggunakan getah yang berada di atas meja sebelah katilnya.
Dengan langkah longlai
Bella mengatur langah lalu menolak pintu bilik air dengan kasar. Selepas
selesai mandi dan berwuduk ,tiba-tiba dia terdengar ketukan pintu.
“Bell , bangun solat nanti papa bising tu .” Panggil
Datin Hanani di luar.
“Yaaa , bell bangun daa ” .
‘Ishhh orang dah bngun pon nk bising’. Rungut Bella
dalam hati. Selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, Bella terus
menuju ke katil untuk menyambung tidurnya yang tertangguh.
“WOI ! Kak Bella !
Bangunlah. Papa dah menyinga tu. Kak bella bangun lah. Ishh dia ni tidur
mati ke?” Rungut Izzat perlahan.
‘Aku sim ..’ Tidak sempat dia menghabiskan bebelannya
di dalam hati dia mula terfikir sesuatu.
Tiba-tiba dia ternampak pintu bilik air yang terbuka,
lantas dia terseyum.
Dengan pantas dia mengatur langkah lantas masuk ke dalam bilik air dan keluar semula
dengan besen yang dipenuhi air di dalamnya.
“Ahh ,
dengan cara ni barulah minah nih bangun. Dah la first day kerja walaupun dah balik
rumah ni sebulan. Haha ! Rasakan kakku yang tersayang ! Aku mntak maaf. Kerana
terpaksa , aku relakan ! Eh , apa pulak AKU yang relakan ! Kerana terpaksa KAU
harus relakan” . Lantas dia menyimbah air yang berada di dalam besen itu tepat- tepat di atas muka Bella.
Dengan
pantas Bella bangun lalu meraup mukanya. Dia melihat Izzat yang tersengih di
hadapannya.
“Ahh! Baik aku lari kalau tak mesti dia mar ..”. Dalam
sekelip mata Izzat telah hilang dari pandangan Bella. Lalu Bella bangun sembil
menjerit memangil adiknya.
“Izzaattttt ! ”
jeritnya dengan nyaring.
“Kau nak pergi mana hah?! Kau nak lari ke? Kalau kau nak
lari kau memang silap Izzaaaatttt ! ”jeritnya lagi.
Setibanya
Bella di ruang makan dia terlihat Izzat menyorok di belakang Datin Hanani.
Bella mengatur langkah menuju ke arah mamanya. Belum sempat Bella membuka mulut
Datuk Tarmizi bersuara.
“Issabella Imani ! Izzat Hadi ! Kenapa ni ?” bentak
Datuk Tarmizi dalam nada marah.
“ Bella ! Apa yang smpai basah lencun baju kamu ni ?
Kau buat apa? Hari ni kan first day kamu masuk kerja . Kenapa lambat ni? Hah? Kamu
tahu kan, kamu ni pewaris Empayar Cullen Holdings? Lepas ni kamu yang akan
ganti tempat papa. Kakak kamu tu dah sarat mengandung. Abang ipar kamu tu pulak
urus syarikat papa dia. Takda sapa dah lepas ni. Kamu saja yang menjadi harapan
papa. Nak harapkan Izzat jauh lagi dia baru nak ambil SPM. Kamu je papa harapkan
sekarang ni ,Bella. Apa nak jadi dengan kamu ni? Papa harap Bella buang la
sifat kebudak-budakkan Bella tu. Hah! Izzat hari ni kamu cuti kan ? Dah pergi
naik atas, pergi baca buku , jangan dok membuta je. Ingat izzat kalau kamu tak dapat
straight dapat A’s papa takkan belikan kamu moto yang kamu nak sangat tu ”leter
Datuk Tarmizi panjang.
Izzat
memandang Bella sambil menjelirkan lidahnya lalu mendaki tangga menuju ke biliknya. Bella yang
berada di sebelah mamanya berasa gerun apabila melihat muka Datuk Tarmizi yang
sedikit kemerah-merahan kerana kulit bapanya yang sedikit cerah daripada mamanya
..
“Ala pa .. Izzat la yang salah ! Ada ke patut dia
simbah air kat muka Bella yang gebu ni. Apa pulak bella yang salah ? ” jawab
bella selamba.
“Paaaa ” pangilnnya
lagi dengan suara yang mendayu-dayu.
“Apa? Papa
marah pon Bella dah tak heran. Apa nak jadi lah dengan kamu ni !! ” balas Datuk
Tarmizi.
“Ala paa, hari ni Bella tak msuk lagi ekk ? Dah pukul
9 ni. Boleh laa paa. Hari ni je , papa nmpak hensem la hari ni. Boleh la paa ,
ekk ?? ” balas Bella lagi.
Datuk Tarmizi
mengerling isterinya yang berada di sebelahnya.
Datin Hanani menjongketkan bahu sambil tersenyum ke arah
suaminya.
“Okey ! Papa bagi satu peluang untuk Bella. Tapi
ingat! Untuk hari ni je. Esok papa nak pukul 8 Bella dah siap dan tunggu di
meja makan ni. Boleh Cik Issabella Imani ? ” Datuk Tarmizi menyoal.
Dengan
pantas bella menjawab.
“ Baikk boss!
Saya akan menepati janji itu.” balas Bella lagi dengan nada yang bergurau
sambil mengangkat tabik hormat ke arah
papanya lalu berlari mendaki tangga.
Datuk Tarmizi dan Datin Hanani tersenyum melihat
gelagat anak dara mereka yang bersifat keanak-anakan itu.
“Apa nak jadi
lah dengan anak dara awak tu Nani ? Sampai sekarang tak ubah peragainya. Nk buat
macam manalah supaya dia berubah sikap supaya lebih matang sikit” kata Datuk Tarmizi
bersahaja.
“Bukan anak
saya sorang , anak abang juga kan ?” balas Datin Hanani pada suaminya sembil
mengerling manja ke arah suaminya . Datuk Tarmizi mancapai surat khabar lalu
membukanya. Lama keadaan menyepi Datin Hanani memanggil suaminya.
“ Bang ” panggil Datin Hanani tiba-tiba .
“Emm, apa? ” jawab Datuk Tarmizi bersahaja sambil
mengerling ke arah isterinya yang memakai blaus berbunga besar dan digayakan
dengan tudung moden. “ Nani rasa Nani ada idea macam mana nak ubah anak dara
kita tu.” jawab datin hannani. Datuk Tarmizi memandang isterinya yang anggun
lalu melipat surat khabar dan meletakkan di atas meja yang serba moden itu.
“Idea apa tu nani? ” balas Datuk Tarmizi. Datin Hanani
memandang suaminya dengan senyuman yang penuh makna ..